Tarikh: 4 Februari 2013
Tempat: SKMM & Masjid Kg Merbau Menyusut, 21500 Setiu, Terengganu
Sambutan Maulidur Rasul kali ini diadakan dengan kerjasama JKKK Kg Merbau Menyusut. Program dimulakan dengan pertandingan mewarna bagi murid Tahap 1 & 2 dengan kerjasama PSS dan guru-guru PSV/DSV sekolah. Selepas itu, murid bersama-sama guru berarak sambil berselawat memuji kebesaran Nabi Muhammad SAW dari sekolah ke masjid yang jaraknya lebih kurang 1 km. Acara diteruskan dengan ceramah oleh Ustaz jemputan daripada Kg Saujana di masjid dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan oleh pihak JKKK dan penduduk kampung secara bergotong royong.
No comments:
Post a Comment